fbpx

Anthony Loke enggan komen isu kerugian saham MAHB

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

GOMBAK – Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook, enggan mengulas mengenai kontroversi kerugian dalam urus niaga saham Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) yang hangat diperkatakan sejak seminggu lalu.

Ketika ditemui pemberita pada sidang akhbar sempena sambutan Thaipusam di Stesen Komuter Batu Caves, beliau memilih untuk tidak memberi sebarang jawapan berkaitan dakwaan tersebut.

Bagaimanapun, ketika diajukan soalan mengenai beliau akan dipanggil Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) bagi menjelaskan isu berkenaan, beliau hanya memberikan respons ringkas.

“(Soalan) ini tiada kaitan dengan pengumuman Thaipusam, tidak mengapa,” katanya.

Terdahulu, PAC memaklumkan, pihaknya tidak menolak kemungkinan akan memanggil beberapa individu penting termasuk Anthony Loke berhubung dakwaan kerugian RM500 juta dalam urus niaga saham MAHB oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja.

Pengerusi PAC, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, Anthony Loke bersama semua individu berkenaan akan dipanggil untuk memberi keterangan dalam prosiding secara berperingkat yang akan bermula pada minggu kedua Januari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI