fbpx

Bomoh didakwa mencabul budak perempuan disihir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Khairi (kanan) menandatangani plak perasmian CIC Dungun hari ini.

DUNGUN – Seorang bomoh muda ditahan bagi membantu siasatan dakwaan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun di Kemaman pada Jumaat lalu.

Lelaki berusia 20 tahun itu ditahan pada 10.30 malam keesokan harinya setelah menerima aduan daripada ibu mangsa.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Mohd. Khairi Khairuddin berkata, siasatan awal percaya kejadian didakwa berlaku suspek sedang merawat kanak-kanak perempuan itu yang dikatakan disihir.

“Perbuatan berlaku di rumah mangsa di Kemaman pada pukul 1 pagi, 31 Januari lalu.

“Mangsa kemudiannya mengadu kepada ibunya sebelum laporan dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kemaman pada pukul 2.58 petang keesokan harinya,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Pusat Temuduga Kanak-Kanak (CIC) Kontinjen Terengganu cawangan Dungun di sini semalam.

Mohd. Khairi berkata, semakan mendapati suspek mempunyai rekod lampau melibatkan jenayah rogol manakala ujian urin lelaki itu negatif.

Beliau berkata, lelaki tersebut ditahan reman selama tujuh hari sehingga Sabtu ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan Seksyen 14(d) akta sama.

“Mangsa akan menjadi kanak-kanak pertama yang akan menggunakan perkhidmatan CIC Dungun yang baru dibuka hari ini,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI