fbpx

Hujahan notis usul batal pertuduhan abai Zayn Rayyan 25 Februari depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zaim dan Ismanira ketika hadir di Mahkamah Tinggi Shah Alam, hari ini.-Foto oleh ISKANDAR SHAH MOHAMED

SHAH ALAM – Mahkamah Tinggi di sini, menetapkan 25 Februari depan bagi mendengar hujahan notis usul ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matin yang memohon pembatalan pertuduhan mengabaikan kanak -kanak austistik itu.

Hakim Roszianayati Ahmad memutuskan perkara itu bagi meneliti hujahan pihak pendakwaan dan pembelaan pasangan
Zaim Ikhwan Zahari dan Ismanira Abdul Manaf.

“Mahkamah berharap semakan, afidavit dan hujahan (pembelaan) itu kelak dibuat secara bertulis berbanding lisan.

“Ini bagi memudahkan pihak responden (pendakwaan) membalas dan saya arahkan kedua-dua pihak berhujah pada 25 Februari ini,” katanya pada prosiding pengurusan, hari ini.

Terdahulu, mahkamah turut tidak membenarkan permohonan lisan pembelaan bagi menangguhkan perbicaraan kes sebelum notis usul itu diputuskan.

Peguam Haresh Mahadevan memaklumkan permohonan itu perlu bagi menjaga integriti permohonan notis usul dan mengambil kira tekanan yang timbul ketika perbicaraan berlangsung.

Timbalan Pendakwa Raya, Aqharie Durranie Aziz bagaimanapun membantah kerana pihak pembelaan telah memfailkan permohonan semakan semula Jumaat lalu selepas pernah ditolak sebelum ini.

Semalam, Mahkamah Sesyen Petaling Jaya menolak bantahan awal pihak pembelaan yang menyatakan pertuduhan ke atas pasangan suami isteri berusia 30 tahun itu adalah defektif atau cacat.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI