fbpx

Malaysia bebas jalin hubungan dengan semua negara – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar di Dewan Rakyat hari ini. - Foto JAPEN

KUALA LUMPUR – Malaysia mengambil tindakan bebas dan berkecuali serta membuka jaringan dengan semua negara meskipun Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump telah melaksanakan tarif ke beberapa buah negara semalam.

Ini kerana kata, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Malaysia tidak boleh mengambil tindakan terlalu pantas dalam memberi reaksi kepada ketidaktentuan geopolitik dan ekonomi yang berlaku di peringkat global.

Jelasnya, dasar boleh berubah dalam masa yang singkat, umpamanya pengumuman Trump semalam, yang menangguhkan tarif ke atas Mexico dan Kanada, hanya beberapa jam sebelum langkah itu dijadualkan berkuat kuasa.

“Jadi dalam tempoh sebulan (ini) perubahan dasar dijangka mungkin berlaku atau dikekalkan.

Apa yang kita lakukan selama ini adalah dasar (ekonomi) yang bebas dan berkecuali tetapi dalam masa sama secara agresif membuka jaringan dengan negara-negara lain umpamanya Afrika, melalui Afrika Selatan, Euthopia, Amerika Latin, Brazil dan Peru, selain membuka pendekatan lebih baik dengan China dan Russia.

“Dengan jaringan ini, kita percaya boleh membantu dari sudut memberi ruang pelaburan baharu dan membuka peluang meningkatkan eksport ke negara lain,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan dari Lim Guan Eng (Bagan) yang memintanya menyatakan kedudukan Malaysia terhadap perang perdagangan dunia yang dicetuskan oleh pelaksanaan tarif oleh Trump.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI