fbpx

Mohd. Nizam mula tugas sebagai Panglima ATM ke-23 hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Nizam ketika mengambil tabik hormat dan memeriksa Kawalan Kehormat Utama (KKU) pada Majlis Sambutan Mula Tugas dan Ucaptama Panglima Angkatan Tentera ke-23 di Wisma Pertahanan Kuala Lumpur, hari ini. -Foto oleh ISKANDAR ISHAK/ KOSMO!

KUALA LUMPUR – Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang baharu, Jeneral Datuk Mohd. Nizam Jaffar memulakan tugas secara rasmi di Wisma Pertahanan, Kementerian Pertahanan di sini hari ini.

Beliau yang dilantik Panglima ATM ke-23 menggantikan Jeneral Tan Sri Mohammad Ab Rahman yang bersara wajib selepas berkhidmat hampir empat dekad bersama ATM dalam Majlis Serah Terima Tugas pada 31 Januari lalu.

Terdahulu, Mohd. Nizam tiba di wisma berkenaan sekitar pukul 9.30 pagi sebelum disambut Kawalan Kehormatan Utama dari Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja yang memberikan tabik hormat di Dataran Wisma Pertahanan.

Majlis tersebut turut diserikan dengan persembahan pancaragam ATM dan beliau kemudiannya membuat pemeriksaan barisan sebelum masuk ke bangunan Wisma Pertahanan.

Mohd. Nizam merupakan individu kedua yang bukan dalam kalangan Panglima Tentera Darat, Laut dan Udara sedia ada, dilantik ke jawatan tersebut, selepas Allahyarham Jeneral Tun Ibrahim Ismail.

Terdahulu Mohd. Nizam, 59, dinaikkan pangkat kepada Jeneral dalam Majlis Serah Terima Tugas, bagi membolehkan beliau menjawat jawatan berkenaan.

Mohd. Nizam yang merupakan seorang Pegawai Tentera Darat dinaikkan pangkat ke Leftenan Jeneral pada 23 Februari tahun lepas. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI