PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap buruk yang dijangka melanda Sabah sehingga esok.
Menurut MetMalaysia, kawasan yang terlibat ialah Sandakan (Telupid, Beluran dan Sandakan).
Dalam pada itu, amaran hujan berterusan tahap waspada turut dikeluarkan di Pantai Barat (Ranau dan Kota Belud), Sandakan (Kinabatangan) dan Kudat di Sabah sehingga esok.
Sarawak turut menerima amaran serupa di Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman (Sri Aman), Betong, Sarikei, Sibu (Sibu) dan Mukah.
Orang ramai dinasihatkan agar sentiasa berwaspada terhadap keadaan cuaca semasa dan mendapatkan maklumat terkini melalui laman web rasmi MET Malaysia, aplikasi mudah alih myCuaca, serta laman media sosial jabatan tersebut. -KOSMO! ONLINE