fbpx

Jenazah dua mangsa bunuh selesai dituntut keluarga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jenazah Muhammad Muslim dituntut Mohd. Zaini (tiga dari kiri) di Jabatan Forensik HSB, Alor Setar hari ini.

ALOR SETAR – Jenazah dua mangsa pembunuhan dalam kebakaran di Tongkang Yard, dekat sini pada bulan lalu dituntut oleh keluarga masing-masing di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), hari ini.

Jenazah Muhammad Muslim Mohd. Zaini, 23, dituntut oleh bapanya Mohd. Zaini Hashim, 63, sementara Mohd. Akram Ibrahim, 30, hadir menuntut jenazah bapanya, Ibrahim Mydin, 61.

Van yang membawa kedua-dua jenazah tersebut yang selesai dimandi dan dikafankan beredar dari pekarangan Jabatan Forensik HSB itu pada pukul 11.30 pagi tadi.

Menurut Mohd. Zaini, jenazah anak lelakinya itu dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid As-Salam di Tambak Bunga, Kuala Kedah selepas solat zuhur, hari ini.

“Saya bersyukur kerana dapat membawa pulang anak saya hari ini untuk dikebumikan. Alhamdulillah, urusan lancar dan saya dapat juga melihat jenazah buat kali terakhir tadi,” katanya ketika ditemui di pekarangan Jabatan Forensik HSB, di sini hari ini.

Sementara itu menurut Mohd. Akram, jenazah bapanya itu akan disemadikan di Masjid Al Ikhsan, Tongkang Yard di sini selepas solat zuhur, hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI