fbpx

16 individu termasuk dua wanita ditahan main judi mahjong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANTARA wang tunai dan cip yang dirampas dalam serbuan di Kampung Rawang, Sungai Mati, Tangkak.

TANGKAK – Seramai 16 individu termasuk dua wanita ditahan ketika ralit bermain judi di tempat terbuka di Kampung Rawang, Sungai Mati, di sini semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Tangkak, Superitendan Roslan Mohd Talib, kesemua suspek dicekup oleh sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tangkak ketika melakukan serbuan pada kira-kira pukul 1.45 pagi di belakang sebuah tokong cina di kampung terbabit.

“Hasil serbuan telah berjaya menangkap 14 orang lelaki dan dua wanita yang berumur lingkungan 35 hingga 65 tahun yang sedang bermain judi.

“Pihak polis turut merampas pelbagai peralatan judi dan sejumlah wang tunai bernilai RM30,470,”katanya dalam satu kenyataan di sini.

Roslan berkata, antara barang yang dirampas adalah 48 buah mahjong, dua batang pensil, tiga buah dadu, satu set piring dan mangkuk, sebuah meja, 16 buah kerusi plastik, 91 keping cip berwarna ungu serta 74 keping cip berwarna hitam dan kuning.

Selain itu, turut dirampas 79 keping cip berwarna hijau, 15 keping cip berwarna biru serta 23 keping cip berwarna merah.

Tambah Roslan, siasatan dijalankan dibawah Seksyen 7 (2) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan jika sabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman denda tidak kurang RM5,000 atau penjara tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI