fbpx

Wanita dakwa kahwini Tengku Hassanal dikesan di Perak, siasatan di peringkat akhir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
YAHAYA OTHMAN dalam sidang akhbar selepas perhimpunan bulanan anjuran Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat polis Kontinjen (IPK) Pahang, di Kuantan hari ini.

KUANTAN – Polis Pahang sedang dalam peringkat akhir melengkapkan kertas siasatan ke atas wanita bernama Faridah Daud yang mendakwa akan melangsungkan perkahwinan dengan Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah sebelum ini.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, sebaik sahaja kertas siasatan terbabit dilengkapkan, pihaknya akan menghantar untuk dirujuk kepada pihak timbalan pendakwa raya untuk tindakan selanjutnya.

Katanya, selain telah mendapatkan keterangan daripada wanita terbabit, pihaknya juga sedang meneliti beberapa perkara berkaitan dan akan melengkapkan kertas siasatan dalam masa terdekat.

“Untuk kes wanita itu, kita telah dapat mengesan wanita ini dan telah diambil percakapannya. Kita dapat kesan wanita ini di Perak.

“Siasatan awal mendapati wanita ini berusia 38 tahun, memiliki seorang anak dan tidak mempunyai pekerjaan,” katanya dalam sidang akhbar selepas perhimpunan bulanan anjuran Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat polis Kontinjen (IPK) Pahang, di sini hari ini.

Menurutnya, kes di siasat mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Terdahulu, Istana Pahang menafikan satu hantaran tular berkenaan perkahwinan diraja membabitkan Tengku Hassanal dengan seorang wanita, yang kononnya akan berlangsung pada April tahun ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI