fbpx

Harga lantai baharu padi diumumkan minggu hadapan – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Kenaikan harga lantai padi baharu akan diumumkan minggu depan oleh Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan bagi memastikan keseimbangan harga dalam pasaran beras tempatan.

Memaklumkan perkara itu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kenaikan itu juga hasil perbincangan yang diadakan bersama Kementerian Kewangan sebelum ini.

Jelasnya, kenaikan harga lantai itu tidak akan membebankan pengguna dan kerajaan akan menampung sebahagian kenaikan itu dengan peruntukan sebanyak RM150 juta dalam tempoh enam bulan.

“Kerajaan komited untuk memastikan harga beras tempatan kekal stabil dan tidak membebankan pengguna.

“Peruntukan RM150 juta ini akan dimuktamadkan dalam masa terdekat bagi menampung perbezaan harga yang berlaku dalam pasaran,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalanDatuk Seri Dr. Ronald Kiandee (PN-Beluran) yang meminta menyatakan adakah kerajaan komited dalam memperjuangkan nasib pesawah.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI