WASHINGTON – Sebahagian besar fiuslaj pesawat American Eagle yang terhempas bersama helikopter tentera Black Hawk di Washington D.C. minggu lalu telah dikeluarkan dari Sungai Potomac, lapor agensi berita United Press International.
Setakat semalam, 55 mayat telah dikenal pasti, manakala Ketua Jabatan Bomba D.C, John Donnelly berkata, beliau percaya semua mayat mangsa nahas itu akan ditemui.
Sebuah kren besar digunakan untuk menarik keluar serpihan badan pesawat dari dalam sungai yang keruh semalam, diikuti enjinnya.
Setiausaha Pengangkutan, Sean Duffy berkata, semua serpihan pesawat itu perlu dikeluarkan dari lokasi nahas bagi membolehkan mereka menemui semula kesemua 67 mayat mangsa.
“Kami tidak dan tidak akan hilang tumpuan kepada perkara paling penting iaitu keselamatan kru serta menyerahkan mayat mangsa kepada waris mereka,” kata Komander Daerah Baltimore, Kolonel Francis Pera pula.
Menurutnya, operasi mengalihkan serpihan pesawat dan helikopter perlu diselesaikan menjelang Sabtu ini, dengan kerja pembersihan lain menjelang 12 Februari depan, namun semuanya kepada penyediaan peralatan dan cuaca. – AGENSI