fbpx

Lelaki cekup ular sawa gergasi pakai tangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Orang ramai menyaksikan aksi lelaki tersebut menarik keluar ular sawa dari terusan. - Instagram

NEW DELHI – Seorang lelaki  mengundang perhatian pengguna media sosial apabila dia menarik keluar seekor ular sawa gergasi dari sebuah terusan dengan menggunakan tangannya,  lapor laman berita Hindustan Times semalam.

Rakaman video kejadian yang dimuat naik di laman Instagram menunjukkan lelaki itu berdiri di tepi terusan sambil dikelilingi penduduk setempat.

Dia kemudian menghulur tangan ke arah air sungai lalu menarik bahagian ekor ular sawa yang berenang di dalamnya.

Reptilia itu menunjukkan aksi melawan dengan menegakkan badan dan kepala ke arah lelaki tersebut serta  sedia untuk menyerang.

Namun, lelaki yang identitinya tidak didedahkan itu tenang dan bersahaja memegang ular tersebut serta membawanya naik ke darat sebelum rakaman video ditamatkan.

Video itu menjadi tular dan menerima pelbagai komen netizen. Rata-rata mereka kagum dengan keberanian lelaki tersebut.

“Kalau saya, pasti akan lari lintang-pukang. Lelaki ini seorang wira,” kata seorang netizen.

“Mungkin ular itu yang lebih takut berbanding lelaki tersebut. Lihatlah bagaimana ia dengan cepat cuba menyelamatkan diri,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI