fbpx

Beli cincin RM5 lamar kekasih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Poundland berkongsikan momen Henry melamar Ellenor. - Instagram/Poundland

LONDON – Seorang lelaki di Devon Selatan, England melamar teman wanitanya dengan menghadiahkan sebentuk cincin perak berharga cuma £1 (RM5.50), lapor portal berita Plymouth Live semalam.

Henry melamar Ellenor menggunakan sebentuk cincin perak yang dibeli daripada rangkaian kedai aneka barangan berharga £1, Poundland.

Dalam hantaran dimuat naik menerusi akaun Instagram Poundland, Henry dilihat melutut di hadapan Ellenor di tepi Pantai Budleigh Salterton sambil memegang cincin perak.

Wanita itu menerima lamaran tersebut dan memberitahu bahawa dia menerima cincin berkenaan sebagai tanda pertunangan mereka.

“Kami sering bercakap tentang mahu berjimat untuk majlis perkahwinan. Saya sangkakan dia hanya bergurau apabila dia memberikan saya cincin Poundland,” kata Ellenor.

Hantaran itu menjadi tular dengan ramai pengguna media sosial mengucapkan tahniah kepada pasangan tersebut serta ramai menunjukkan minat untuk mengikuti jejak langkah mereka. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI