fbpx

Samseng sila berambus dari Bintulu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tiong King Sing.

PETALING JAYA – “Ini amaran terakhir, saya tak nak melihat tindakan ganas sedemikian berlaku lagi. Saya ingin nasihatkan mereka yang terlibat dalam aktiviti samseng untuk berambus dari Bintulu sebelum terlambat.

“Jika kamu terus melanggar undang-undang dan timbulkan masalah, hadaplah akibatnya,” jelas Ahli Parlimen Bintulu, Datuk Tiong King Sing dalam hantaran terbaharu di Facebooknya hari ini.

Jelas Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya itu lagi, kumpulan samseng di Bintulu telah menjadi terlalu melampau jika tindakan tegas tidak diambil segera.

Katanya, kumpulan itu mungkin merasakan bahawa mereka boleh mengawal undang-undang dan mengancam keselamatan awam.

“Ada yang kata saya juga terlibat dalam kumpulan samseng ini pada masa lalu, memfitnah bahawa saya mempunyai hubungan dengan samseng.

“Biar saya jelaskan, saya menyokong sepenuhnya undang-undang dan tidak akan bertolak ansur dengan keganasan atau jenayah. Saya tidak akan melindungi pelanggar undang-undang. Tidak kira siapa, nasihat saya sentiasa sama, ikut undang-undang dan pilih jalan yang betul,” jelasnya.

Katanya, konflik yang berlaku di Bintulu harus diselesaikan secara sah dan bukannya melalui keganasan.

“Harapan terbesar saya ialah agar penduduk Bintulu hidup dalam keamanan dan selamat. Saya menyokong penuh kepada mereka yang bekerja keras untuk mencari rezeki.

“Tetapi bagi yang berpendapat mereka boleh menggunakan pengaruh geng untuk menimbulkan ketakutan dan mengganggu masyarakat, saya akan berdiri teguh bersama polis untuk memastikan penguatkuasaan undang-undang yang ketat, tanpa pengecualian!” tegasnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI