fbpx

Lelaki lemas di Sungai Batang Padang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MANGSA didakwa lemas ketika menyelam memcari ikan di Sungai Batang Padang, Tapah pada petang tadi. - Foto MEDIA SOSIAL

TAPAH – Seorang lelaki berumur 39 tahun ditemukan maut dipercayai lemas di Sungai Batang Padang berhampiran sebuah masjid di sini kira-kira pukul 6 petang tadi.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Mohd. Naim Asmawi mengesahkan kejadian tersebut dan kes itu dikategorikan sebagai sebagai mati mengejut (SDR).

“Siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah melibatkan kematian lelaki tersebut dan difahamkan mangsa merupakan penduduk kampung berhampiran,” katanya ringkas di sini sebentar tadi.

Dakwa pengguna di media sosial, mangsa dipercayai lemas ketika menyelam di sungai tersebut untuk mencari ikan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI