fbpx

Kakitangan Perhilitan segera ke lokasi selepas terima laporan serangan gajah liar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RUMAH penduduk di Kampung Orang Asli Talang, Pos Perwor di Sungai Siput rosak akibat diserang sekawan gajah liar Sabtu lalu.

SUNGAI SIPUT – Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak menafikan dakwaan seorang individu di TikTok bahawa tiada tindakan diambil terhadap aduan serangan gajah liar di Kampung Orang Asli Talang, Pos Perwor Sabtu lalu.

Pengarahnya, Yusoff Shariff berkata, dakwaan itu sama sekali tidak benar kerana kakitangan Perhilitan Sungai Siput Utara telah pun ke lokasi kejadian selepas menerima maklumat berkaitan insiden tersebut.

“Kejadian sekawanan gajah liar menyerang rumah penduduk dan tanaman itu berlaku pada Sabtu malam dan kita menerima laporan kes pada awal pagi Ahad.

“Untuk sampai ke lokasi kejadian berhampiran Hutan Simpan Piah itu mengambil masa lebih sejam berikutan faktor demografi dan keadaan malam yang gelap. Kita telah hantar mereka ke sana untuk pemantauan,” katanya di sini hari ini.

Tambahnya, tangkapan terhadap kumpulan gajah liar itu akan dilakukan dalam masa terdekat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI