fbpx

‘Mak cik bawang’ suka hina bentuk badan orang kena ‘petir’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – “Besar isteri kamu, orang perempuan kena pandai jaga badan. Besar-besar nanti suami lari.”

Itu antara kata-kata hinaan ‘mak cik bawang’ terhadap seorang wanita ketika dia menghadiri majlis kenduri bersama suaminya.

Bagaimanapun katanya, dia tidak berdiam diri malah terus membalas teguran mak cik itu yang merupakan salah seorang ahli keluarga suaminya menyebabkan warga emas berkenaan terus terdiam.

“Pergi kenduri dengan suami, mak cik belah suami yang setahun sekali jumpa tiba-tiba tegur suami. Aku yang dengar terus balas, ‘Tapi anak makcik yang kurus tu jadi janda juga’, suami terus cuit.

“Aku pula terus menghirup kuah laksa. Ada yang panas tapi bukan laksa,” tulisnya di media sosial miliknya.

Perkongsian wanita itu mengundang pelbagai reaksi orang ramai yang turut berkongsi pengalaman serupa berdepan dengan individu bermulut lancang seperti itu.

“Pernah kena. Saya gemuk, dia boleh cakap kuat, ‘Gemuknya bini kau dah mcm tong drum’. Yang cakap tu janda, badan kering sekeping,” komen @Sweet.

“Masa saya gemuk, mak cik-mak cik tegur tak cantik. Lebih baik kurus, tapi bila saya kurus, mereka mengata saya makan hati sampai kurus kering,” kongsi @Dees RiSalmah.

“Sabtu ni ada kenduri belah suami, saya putuskan tak pergi demi menjaga hati sendiri. Sama lah lepas beranak ni seorang mak cik tu selalu tegur saya gemuk. Setiap kali jumpa dia tegur gemuk sedangkan dia pun gemuk,” luah @niwanilah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI