fbpx

Pengawal keselamatan ditahan raba pesakit dalam tandas lelaki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

ALOR GAJAH – Seorang pengawal keselamatan ditahan selepas disyaki menggunakan kekerasan jenayah untuk mencabul seorang pesakit lelaki di dalam tandas sebuah klinik awam, minggu lalu.

Suspek lelaki berusia 19 tahun itu diberkas sepasukan anggota Bahagian D11 Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Melaka di hadapan Klinik Pergigian Alor Gajah di sini kira-kira pukul 12.05 tengah hari tadi.

Pemangku Ketua Polis Melaka, Datuk Md. Nazri Zawawi berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 2.40 petang pada 28 Januari lalu selepas mangsa yang juga seorang pelajar kolej swasta berusia 19 tahun selesai mendapatkan rawatan di klinik berkenaan.

“Mangsa yang juga pengadu telah bertanya kepada seorang pengawal keselamatan lokasi tandas awam dan lelaki itu kemudian menyuruh pengadu mengikutnya. Semasa di dalam tandas pengadu ternampak suspek seperti sedang mengintainya.

“Suspek kemudian mengetuk pintu dan menyuruhnya membuka lampu. Pengadu membuka sedikit pintu dan ketika hendak menekan suis di luar, tiba-tiba suspek telah berada di hadapan pintu dan cuba masuk ke dalam tandas dengan menolak pintu serta memegang kemaluan pengadu,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Tambah Md. Nazri, pengadu yang berasa takut dan bimbang keselamatan diri telah menolak badan suspek dan menutup semula pintu tandas.

“Beberapa minit kemudian pengadu mendapati suspek telah beredar. Pengadu yang tidak berpuas telah membuat aduan di kaunter klinik dan laporan polis. Kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI