fbpx

Ular terpacul depan cermin trak pikap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ular sawa menjalar pada sebuah trak pikap. - Thaiger

BANGKOK – Seekor ular sawa yang ditangkap oleh pegawai perbandaran terlepas dari karung sebelum menjalar keluar dari kenderaan itu untuk melarikan diri, lapor laman berita Thaiger.

Dalam kejadian tersebut, sebuah trak pikap milik Pertubuhan Pentadbiran Daerah Thung Khai diparkir sementara di tepi jalan apabila reptilia itu cuba melarikan diri.

Ia dilihat muncul dari but kereta sebelum menjalar ke atas bumbung.

Ular sepanjang kira-kira 4 meter itu kemudian menjalar ke bonet hadapan selepas turun melalui cermin kenderaan, menyebabkan orang ramai terkejut melihat situasi tersebut.

Pegawai-pegawai kemudian dengan segera menangkap ular itu menggunakan tali sebelum memasukannya kembali ke dalam karung.

Mereka kemudian membawa reptilia tersebut untuk dilepaskan ke dalam hutan. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI