fbpx

Lelaki bertenggek di atas pencawang elektrik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan lelaki itu bertenggek di puncak menara elektrik di Madhya Pradesh, India. - Instagram

NEW DELHI – Satu klip video tular di media sosial India memaparkan seorang lelaki memanjat pencawang elektrik voltan tinggi setinggi  24.38 meter, lapor portal berita Republic World hari ini. 

Kejadian berlaku di bandar Bhopal, negeri Madhya Pradesh beberapa hari yang lalu. 

Rakaman dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @rajeshgarwal memaparkan pemuda bernama Vivek, 33, memanjat menara tersebut dalam keadaan mabuk.

Meskipun dirayu untuk turun oleh penduduk dan polis tempatan, dia tidak mengendahkan permintaan mereka. 

Bahkan, dia kekal bertenggek di puncak menara elektrik selama 20 minit sebelum turun dengan sendiri. 

“Kami segera menahan pemuda tersebut selepas dia turun,” kata polis. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI