fbpx

Banjir ‘premium’, air warna biru

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukan orang ramai bermain banjir ‘premium’ di Jakarta Barat, Indonesia. - Instagram

JAKARTA – Penduduk di Jakarta Barat, Indonesia digemparkan dengan fenomena aneh apabila air banjir bertukar warna biru seperti air laut, lapor portal berita Tempo semalam. 

Kejadian berlaku berhampiran Pusat Beli-belah Taman Palem pada 29 Januari lalu. 

Rakaman dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @folkshitt memaparkan orang ramai termasuk kanak-kanak berseronok bermain air banjir. 

Meskipun banjir itu berlaku di tengah bandar, airnya kelihatan jernih dan tidak keruh. 

Rakaman itu menjadi tular dan mencatatkan lebih 1,000 komen. 

“Ini bukan banjir biasa, tetapi banjir ‘premium’,” kata seorang netizen. 

“Kolam renang siapa yang bocor?” kata netizen lain. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI