fbpx

Lelaki hidap dua kanser, isteri pula strok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tahir menerima rawatan akibat kanser di Hospital Kuala Lipis.

LIPIS – Seorang warga emas bukan sahaja diuji dengan penyakit kanser tekak sehingga kehila­ngan peti suara sejak enam tahun lalu, malah turut disahkan menghidap kanser usus tiga bulan lalu.

Ekoran penyakit itu, Tahir Al Tipah, 61, sudah tidak mampu lagi menjaga isterinya, Faridah Ishak, 61, yang terlantar akibat strok di rumah mereka di Kampung Sentang di sini.

Anak saudaranya, Nor Rosnani Ahmad Mustaffar, 48, berkata, bapa saudaranya yang tidak dapat bercakap akibat barah kini tidak mampu untuk bekerja.

“Hujung tahun lalu, bapa saudara ada mengadu sakit dalam perut dan sukar untuk membuang air besar sebelum dirujuk ke Hospital Kuala Lipis untuk pemeriksaan.

“Doktor kemudiannya mengesahkan dia menghidap kanser usus tahap empat dan sel kanser kini sudah merebak ke paru-paru,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Nor Rosnani berkata, bapa saudaranya menjalani pembedahan di bahagian usus besar dan perlu bergantung kepada beg stoma bagi membuang air besar untuk seumur hidup.

Tambahnya, warga emas itu juga bergantung dengan susu khas berharga RM119 setin yang bertahan tiga hari selain keperluan lain terma­suk lampin pakai buang dan beg stoma.

“Sebelum ini, ibu saudara terlantar akibat strok dan keadaan bertambah rumit apabila bapa saudara pula diuji dengan kan­ser,” katanya.

Pasangan yang mempunyai dua anak berusia 15 dan 19 tahun itu menerima bantuan RM500 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat, namun perbelanjaan mereka mencecah RM2,500 sebulan.

Orang ramai boleh meng­hubungi talian 017-9510827 atau menyalurkan ke akaun Bank Simpanan Nasional atas nama Nor Rosnani bernombor 0610641000036845.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI