fbpx

Rumah terbakar pada hari jadi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdul Aziz sayu melihat rumah keluarganya yang musnah terbakar di Kampung Gong Duek, Hulu Besut semalam.

BESUT – Sambutan ulang tahun kelahiran 34 tahun yang sepatutnya menjadi hari bahagia buat seorang guru bertukar duka apabila rumah keluarganya musnah dalam kebakaran pada semalam.

Dalam kebakaran pada pukul 6.30 petang itu menyebabkan keluarga Abdul Aziz Zakaria, 34, kerugian puluhan ribu akibat kemusnahan banyak harta benda termasuk sembilan buah motosikal dan masing-masing sebuah kereta dan lori.

“Tidak sempat kami keluar makan, saya dihubungi adik memberitahu rumah kami sedang marak terbakar.

“Waktu itu saya sedang menguruskan sawah padi (milik keluarga) berhampiran,” katanya ketika ditemui di
rumahnya yang hangus terbakar di Kampung Gong Duek, Hulu Besut di sini hari ini.

Abdul Aziz berkata, kebakaran tersebut memusnahkan lebih 80 peratus rumah keluarga yang berusia kira-kira 60 tahun.

Dalam pada itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jertih, Mustafa Ismail berkata, kebakaran berjaya dipadamkan sepenuhnya pada pukul 9.04 malam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI