fbpx

EPL: Kerapuhan benteng babak kedua hukum Man. City

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAALAND meledak gol tunggal City ketika mereka dibelasah Arsenal 1-5 pada aksi di Emirates awal pagi semalam. - AFP

LONDON – Pengurus Manchester City, Pep Guardiola tidak dapat menyembunyikan kekesalan melihat pasukannya dibelasah 1-5 oleh Arsenal di Emirates awal pagi semalam.

Walaupun peratusan penguasaan permainan lebih berpihak kepada pasukannya, Guardiola nyata begitu kecewa dengan prestasi dipamerkan anak buahnya hingga melepaskan empat gol di babak kedua.

“Adalah sukar untuk bermain di stadium ini, namun saya fikir kami memulakan perlawanan dengan cukup baik. Saya hanya kesal tentang tempoh 25 minit terakhir.

“Kami terlupa untuk melakukan apa yang sepatutnya kami lakukan seperti kami buat sepanjang 50 ke 60 minit pertama. Sudah pasti apabila kedudukan jadi 3-1, Arsenal berasa sangat selesa dan ia memberi kesukaran kepada kami.

“Jadi, adalah sukar untuk memahami apabila melihat semula kepada keputusan kali ini dan inilah yang saya rasa sekarang. Kami sedar perkara seperti ini tidak sepatutnya berlaku, namun ia tetap terjadi dalam perlawanan ini,” katanya.

Semua gol The Gunners dihasilkan oleh Martin Odegaard, Kai Havertz, Ethan Nwaneri, Thomas Partey dan Myles Lewis-Skelly manakala jaringan tunggal Man. City dijaringkan Erling Haaland.

Dalam masa sama, Guardiola juga enggan memberikan komen lanjut ekoran beberapa situasi yang menyaksikan Haaland disindir dan provokasi.

September lalu, penyerang Norway itu bertindak menjerit kepada Mikel Arteta dengan perkataan ‘stay humble’ (kekal merendah diri) sebagai tanda perlu dan kali ini giliran pemain Arsenal seakan mengejek Haaland khususnya ketika Lewis-Skelly meraikan jaringannya.

“Saya tidak lihat, adakah mereka lakukannya? Itu suatu yang bagi,” kata Guardiola yang masih menganggap kedudukan mereka dalam Liga Perdana Inggeris masih baik. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI