PELAKON Taiwan, Barbie Hsu meninggal dunia akibat pneumonia selepas diserang influenza ketika meraikan Tahun Baru Cina di Jepun.
Berita duka itu dikongsi adik perempuannya, pengacara Dee Hsu yang menyifatkan pemergian kakaknya sebagai kehilangan besar buat keluarga mereka.
“Terima kasih atas keprihatinan semua. Ketika sambutan Tahun Baru Cina, kami sekeluarga bercuti di Jepun dan kakak saya diserang influenza mengakibatkan menghidap radang paru-paru.
‘Dia pergi meninggalkan kami namun saya bersyukur selama ini kami saling menjaga satu sama lain, saya sangat berterima kasih kepadanya dan akan sentiasa mengingatinya,” katanya menerusi laman sosial.
Pemergian bintang yang turut dikenali di rantau Asia itu ditangisi peminat yang terkejut menerima berita tersebut.
Barbie atau nama sebenarnya Barbara Hsu, 48, menceburi arena hiburan sebagai pop duo bersama Dee sebelum menyerlah selaku hos program televisyen.
Namun popularitinya memuncak menerusi drama bersiri Meteor Garden pada tahun 2001 dengan watak Dong Shancai.

Barbie meninggalkan suami, penyanyi Korea, DJ Koo Jun Yup dan seorang anak perempuan berusia 10 tahun.
Mendiang turut mempunyai seorang lagi cahaya mata lelaki hasil perkahwinan terdahulu dengan usahawan dari China, Wang Xiaofei.
Sebelum ini dia mempunyai sejarah epilapsi serta masalah jantung yang membuatkannya pernah dimasukkan ke hospital. – KOSMO! ONLINE