fbpx

Khatib baca khutbah negeri lain, dua laporan polis diterima

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zulkafli

IPOH – Polis mengesahkan menerima dua laporan berkaitan kes khatib di negeri ini yang didakwa tidak membaca teks khutbah Jumaat disediakan Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk).

Pemangku Ketua Polis Perak, Deputi Komisioner Zulkafli Sariaat berkata, laporan itu dibuat dua individu di Balai Polis Teluk Intan semalam dan keterangan mereka turut diambil berkaitan isu berkenaan.

“Setakat ini ada dua laporan polis. Kita telah rujuk laporan itu kepada JAIPk untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Semalam, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Titi Serong, Hasnul Zulkarnain Abd. Munaim membuat laporan polis mengenai tindakan seorang imam sebuah masjid di Teluk Intan yang didakwa enggan membaca teks khutbah Jumaat disediakan JAIPk.

Laporan polis itu dibuat setelah imam terbabit mengakui membaca teks khutbah disediakan pada 2023, bukan teks khutbah terkini.

Terdahulu, tular di media sosial berhubung tindakan seorang khatib sebuah masjid di Parit Buntar yang didakwa tidak membacakan teks khutbah Jumaat disediakan JAIPk, sebaliknya membaca teks khutbah yang disediakan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP).

Tajuk teks khutbah Jumaat di semua masjid di Perak adalah ‘Keburukan Fitnah: Pengajaran Dari Peristiwa Al-Ifki’, manakala di Pulau Pinang pula bertajuk ‘Muhasabah di Bulan Sya’ban’.

Sebelum ini Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama Pas Perak, Muhammad Rif’aat Razman menerusi hantaran di Facebook mempersoalkan pemilihan tajuk khutbah itu yang dikatakan seakan menyinggung Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria yang juga bapanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI