fbpx

Kalau peminat patah hati, apa saya boleh buat – Jojo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Video Jojo bersama teman wanitanya yang dikenali sebagai Queenna Khan dalam sebuah kereta menjadi tular dalam media sosial.

GOMBAK – “Takkan saya nak kahwin dengan semua orang.”

Itu respons peninju sensasi negara, Johan Ghazali atau lebih mesra dengan panggilan Jojo apabila diajukan soalan tentang ramai wanita yang patah hati melihat aksi romantisnya dengan kekasih hati.

Video Jojo bersama teman wanitanya yang dikenali sebagai Queenna Khan dalam sebuah kereta menjadi tular dalam media sosial di mana rata-rata peminat wanitanya mengakui cemburu melihat kemesraan pasangan remaja itu.

Menurut Jojo atau nama sebenarnya Muhammad Johan Ghazali Zulfikar, 18 dia mahu menjalani kehidupan seperti remaja-remaja lain di luar sana.

“Kalau ada peminat yang patah hati menonton video itu saya pun tak tahu nak buat macam mana.

“Kalian perlu ingat yang saya baru berusia 18 tahun. Saya pun nak ‘experience’ seperti remaja yang seusia dengan saya.

“Tetapi saya tak terkejut pun video itu menjadi viral kerana sekarang ini apa-apa sahaja yang saya buat mesti akan jadi tajuk berita atau viral,” katanya ketika ditemui pada majlis memperkenalkan Jojo sebagai duta minyak wangi Blanco.

Tambah atlet berwajah tampan itu lagi, dia juga tidak kisah untuk berkongsi momen-momennya bersama kekasih hati kerana baginya itu adalah hak peribadi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI