fbpx

Tujuh dicekup sabung ayam, main holo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Serbuan yang dijalankan ke atas salah satu markas sabung ayam di Kota Samarahan.

KOTA SAMARAHAN – Enam lelaki tempatan dan seorang warga Indonesia dicekup selepas disyaki terlibat dalam aktiviti perjudian sabung ayam dan bermain judi holo di sini.

Ketua Polis Daerah Kota Samarahan, Deputi Superintendan Jaimi Husin berkata, semua suspek berusia 28 hingga 50 tahun itu ditahan menerusi Op Limau 2025 yang dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Kota Samarahan pada 30 Januari lalu dan semalam.

“Satu kes disiasat di bawah Seksyen 73(1)(g) Ordinan Veterinar Kesihatan Awam 1999, manakala dua kes disiasat di bawah Seksyen 7(2) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 kerana bermain judi Hoo Hey How (Holo),” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Warga Indonesia yang ditahan turut disiasat di bawah Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tinggal lebih masa di Malaysia. Suspek masih direman di lokap Balai Polis Kota Samarahan.

Dalam pada itu, Jaimi berkata, pihaknya berjaya menangkap dan menyelesaikan kes orang dikehendaki di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang disiasat Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Daerah Beluran, Sabah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI