fbpx

Dua sahabat mulakan misi berjalan kaki ke Mekah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Farhan (kanan) dan Shamsul ketika memulakan misi kembara ke Mekah dari Kepala Batas, hari ini.

SEBERANG PERAI – Tidak sampai 72 jam memasang impian untuk ke Tanah Suci, dua sahabat kini memulakan perjalanan ke Mekah dengan berjalan kaki dari Masjid Abdullah Fahim, Kepala Batas, di sini hari ini.

Muhammad Farhan Khadid, 34, dan Shamsul Azrin Man, 43, merancang untuk berjalan kaki sehingga ke Hatyai sebelum ke Bangkok, Thailand seterusnya ke Jeddah.

Muhammad Farhan yang merupakan tukang perabot berkata, impian ke Tanah Suci timbul dua tiga hari lalu dan perancangan segera dilakukan meskipun dalam tempoh singkat.

Katanya, mereka berdua pernah bertugas sebagai pengiring Mohamad Al Bukhari Ellia, 26, dan Mohamad Azizul Abdullah, 34 yang berjalan kaki ke Mekah sebelum ini.

“Saya turut melakukan solat istikharah dan hati kami terbuka untuk menunaikan umrah dan nekad untuk merealisasikannya.

“Kami berasa teruja dan gementar namun amat berharap perjalanan ini dipermudah dan diberkati Allah SWT,” katanya ketika ditemui di pekarangan masjid di sini hari ini.

Sementara itu, Shamsul Azrin yang bekerja sendiri berkata, ahli keluarga turut terkejut selepas dimaklumkan akan perancangan mereka berdua, namun tetap memberi sokongan tanpa berbelah bahagi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI