fbpx

Beyonce akhirnya menang Album Terbaik Anugerah Grammy

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Buat pertama kali, Beyonce akhirnya membawa pulang trofi Album Terbaik di pentas Anugerah Grammy.

AKHIRNYA penyanyi terkenal, Beyonce berjaya memecahkan sumpahan ‘Grammy’ ke atas dirinya apabila berjaya memenangi trofi Album Terbaik menerusi diskografi Cowboy Carter pada Anugerah Grammy Ke-67 yang berlangsung sebentar tadi.

Beyonce sebelum ini pernah memecahkan rekod sebagai artis yang menerima trofi Grammy paling banyak dalam sejarah. Namun dia belum pernah memenangi anugerah utama itu sepanjang kariernya sebagai penyanyi.

Selain menerima anugerah tersebut, Beyonce terlebih dahulu mencipta sejarah apabila menjadi wanita penyanyi kulit hitam pertama yang menenangi anugerah Album Country Terbaik selepas 50 tahun.

“Telah bertahun-tahun saya tercalon dan menang dalam Anugerah Grammy. Saya rasa sangat berbesar hati dengan anugerah ini.

“Saya mahu ucapkan terima kasih kepada Grammys, setiap penulis lagu, pihak yang berkolaborasi dan penerbit di atas kerja keras mereka,” katanya sewaktu menerima anugerah Album Terbaik.

Tahun ini, isteri kepada Jay-Z itu menerima 11 pencalonan untuk album Cowboy Carter sekali gus menjadikan jumlah keseluruhannya pencalonannya sebanyak 99 pencalonan dan 35 kemenangan sepanjang dia terbabit dengan Anugerah Grammy.

Sementara itu penyanyi pop, Lady Gaga pula membawa pulang anugerah Persembahan Duo/Berkumpulan Terbaik bersama Bruno Mars menerusi lagu Die With A Smile.

Sabrina Carpenter pula mengukir kejayaan menerusi kemenangan dalam kategori Album Vokal Pop Terbaik dan Persembahan Pop Solo Terbaik menerusi lagu popular, Espresso.

Penyanyi rap, Kendrick Lamar pula muncul sebagai pemenang terbanyak iaitu sebanyak lima trofi dalam kategori Lagu Terbaik, Rakaman Lagu Terbaik, Lagu Rap Terbaik, Persembahan Rap Terbaik dan Video Muzik Terbaik menerusi lagu Not Like Us.

Kategori Artis Baharu Terbaik pula dimenangi oleh Chappell Roan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI