fbpx

Guna kek ekonomi bangunkan negara – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar mempersembahkan titah diraja kepada Sultan Ibrahim.

PETALING JAYA – Kerajaan akan memastikan kek ekonomi digunakan untuk pembangunan negara meliputi segenap lapisan masyarakat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar berkata, itu termasuk pekebun kecil, petani, nelayan dan pemain industri pertanian serta rantaian bekalan makanan negara.

“Titah Baginda jelas menzahirkan keprihatinan terhadap usaha memastikan pentadbiran Kerajaan berjalan lancar dan terus membawa masuk pelbagai peluang pelaburan agar kemajuan ekonomi negara dapat dinikmati dan dimanfaatkan rakyat jelata,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai respons kepada titah Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim ketika menyempurnakan Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen Ke-15 (2025) hari ini.

Sementara itu, Anwar memaklumkan Agong dalam titah turut menyentuh kepentingan mengguna pakai teknologi tinggi dan terkini dari aspek digitalisasi dan keselamatan siber.

“Justeru patik percaya, ini akan membawa kepada revolusi sistem penyampaian dan perkhidmatan kerajaan yang lebih baik apabila selesai dinaiktaraf sepenuhnya,” katanya.

Terdahulu, Sultan Ibrahim menzahirkan rasa syukur terhadap perkembangan ekonomi Malaysia termasuk prestasi ekonomi domestik dan pelaburan negara yang semakin bertambah baik.

Yang di-Pertuan Agong bertitah, kerajaan juga hendaklah menentukan prestasi baik itu membawa nikmat kemakmuran kepada seluruh rakyat dan bukannya hanya memberi keuntungan kepada kumpulan tertentu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI