PETALING JAYA – Individu yang lahir pada 1980-an dilihat lebih muda dan sihat kerana kehidupan mereka yang aktif ketika kecil jika dibandingkan dengan orang yang lahir pada 1990-an.
Public Health Malaysia (PHM) melalui satu kenyataan berkata, gaya hidup sebelum ini, budak 80-an balik sekolah, campak beg, terus main kejar-kejar, panjat pokok, manakala geng 90-an pula membesar dengan PlayStation, komputer, dan akhirnya skrol media sosial.
“Kurang gerak, metabolisme pun perlahan, badan cepat letih, muka cepat nampak berusia.
Makanan pun berbeza. Dulu lauk panas, air suam. Sekarang ‘fast food’, air manis, dan boba. Gula dan makanan proses merosakkan kolagen kulit, sebab tu ramai geng 90-an struggle dengan kulit kusam dan badan cepat naik,” jelas kenyataan tersebut.
Bukan itu sahaja, bagi kanak-kanak lahir 90-an, tekanan hidup mereka juga semakin awal.
“Umur 25 dah kena fikir kerja, kahwin, rumah, kewangan. Tekanan buat hormon kortisol naik, hasilnya jerawat, rambut gugur, wajah nampak lesu.
“Tidur pun tak macam dulu. Zaman 80-an tidur awal sebab televisyen pun ada waktu tamat siaran. Sekarang Netflix, TikTok, skrol sampai pagi. Kurang tidur buat kulit tak sempat ‘repair’, mata lebam, muka nampak lesu.
“Ditambah pula dengan pencemaran, kurang udara segar, lebih banyak penghawa dingin, kulit pun penat.
“Nak reverse aging? Kurangkan gula, lebihkan gerak, tidur cukup, dan jangan ‘stress’ sangat. Awet muda bukan pasal umur, tapi gaya hidup,” jelasnya lagi. – KOSMO! ONLINE