fbpx

Lelaki ditahan bakar al-Quran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan suspek membakar al-quran di Manchester, England semalam. - JLY

LONDON – Seorang lelaki ditahan selepas membakar kitab suci al-Quran di bandar Manchester, England, lapor akhbar Metro UK semalam. 

Kejadian berlaku di Dataran St Peter’s berhampiran Memorial Glade of Light yang dijadikan tempat memorial memperingati mangsa pengeboman Manchester Arena pada 2017. 

Rakaman kejadian yang disiarkan secara langsung di media sosial memaparkan suspek membakar al-Quran menggunakan pemetik api. 

Suspek juga menayangkan perbuatan keji itu di hadapan orang ramai.

Jurucakap polis tempatan berkata: “Suspek berusia 47 tahun itu ditahan sekitar pukul 2.45 petang (waktu tempatan). 

“Dia ditahan kerana sengaja menjejaskan ketenteraman awam sehingga boleh mencetuskan isu perkauman. 

“Suspek masih berada dalam tahanan untuk disoal siasat,” tambahnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI