fbpx

Fenomena astronomi menarik sepanjang bulan ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fenomena bulan planet Zuhrah dan Bulan yang sejajar pada bulan lalu dan bulan sabit malam tadi.

PETALING JAYA – Beberapa fenomena astronomi menarik dijangka berlaku sepanjang bulan ini, membolehkan orang ramai dapat melihat pelbagai planet dengan mata kasar.

Menerusi perkongsian di Facebook oleh The Secrets of The Universe, pemerhati langit berpeluang menyaksikan Bulan Penuh Salji atau ‘Full Snow Moon’ pada 12 Februari, diikuti dengan kemunculan planet Zuhrah pada 16 Februari.

Kemuncak fenomena berlaku pada 20 Februari apabila tujuh planet iaitu Marikh, Musytari, Uranus, Neptun, Zuhrah, Zuhal, dan Utarid yang dapat dilihat serentak. Selain itu, pada 25 Februari, planet Merkuri dan Zuhal dijangka kelihatan berdekatan antara satu sama lain.

Tangkap layar perkongsian di Facebook oleh The Secrets of The Universe berhubung fenomena astronomi pada bulan ini.

Sebelum ini, pada 1 Februari, beberapa pemerhati langit melaporkan dapat melihat Venus, bulan, dan Zuhal.

“Ia sangat cantik! Saya dari selatan India, yang terletak di hemisfera utara,” tulis Fatima Nooruddin.

“Saya melihat Bulan dan Zuhrah dalam dua malam berturut-turut. Cahayanya sangat terang,” kata Sarah Storrar. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI