fbpx

Trump tuduh Afrika Selatan rampas tanah kulit putih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Trump. - AFP

WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat(AS), Donald Trump mendakwa bahawa Afrika Selatan ‘merampas tanah’ dan ‘melayan segelintir rakyat dengan sangat buruk’ ketika beliau mengumumkan sekatan dana terhadap negara berkenaan sementara siasatan dilakukan.

Isu tanah di Afrika Selatan memecahbelahkan rakyatnya, dengan usaha untuk menangani ketidakadilan melibatkan penduduk kulit putih mengundang kritikan daripada kelompok konservatif termasuk Elon Musk. 

Musk dilahirkan di Afrika Selatan dan merupakan penasihat Trump yang berpengaruh.

Presiden Afrika Selatan, Cyril Ramaphosa pada bulan lalu menandatangani rang undang-undang(RUU) menyatakan bahawa kerajaan boleh dan dalam keadaan tertentu, tidak akan memberikan pampasan untuk tanah yang akan diambil demi kepentingan awam.

“Afrika Selatan merampas tanah dan melayan kelas tertentu dengan SANGAT BURUK.

“Saya akan menyekat semua dana kepada Afrika Selatan pada masa depan sehinggalah siasatan menyeluruh tentang situasi ini selesai,” kata Trump dalam satu kenyataan di laman sosial rasminya, Truth Social.

Pretoria memberi alasan bahawa RUU itu tidak akan membenarkan kerajaan merampas tanah sewenang-wenangnya dan perlu mendapatkan persetujuan pemiliknya terlebih dahulu.

Bagaimanapun, sesetengah kumpulan bimbang situasi di Zimbabwe selepas 1980 di mana kerajaannya merampas tanah ladang milik penduduk kulit putih tanpa menawarkan pampasan, mungkin berlaku di Afrika Selatan.

Pemilikan tanah menjadi isu besar di Afrika Selatan dengan kebanyakan tanah ladang masih dimiliki oleh orang kulit putih walaupun selepas tiga dekad sistem apartheid berakhir. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI