fbpx

[VIDEO] Kasihan tengok IShowSpeed kena lambung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
YouTuber, IShowSpeed menyertari acara WWE Royal Rumble semalam.

PETALING JAYA – Ramai pengikut pempengaruh terkenal dunia ini meluahkan rasa simpati terhadap YouTuber, IShowSpeed, selepas dia dilambung dalam Persekutuan Gusti Dunia (WWE) Royal Rumble semalam.

Speed, atau nama sebenarnya Darren Watkins Jr., menyertai acara tersebut selepas dipanggil oleh Ketua Kreatif WWE, Paul ‘Triple H’ Levesque, untuk menggantikan seorang peserta yang mengalami kecederaan.

Namun, kemunculannya di gelanggang tidak bertahan lama apabila dia menerima serangan padu daripada Bron Breakker sebelum dilempar keluar dari gelanggang.

Kejadian itu mendapat pelbagai reaksi di media sosial, dengan ramai netizen meluahkan rasa simpati terhadap pengalaman pahit yang dialami oleh Speed.

“Macam mana boleh benda ini dibenarkan. Kasihan saya lihat dia kena macam itu,” ujar Angelica.

“Ramai yang cakap lakonan, tapi bila lihat dia dilambung seperti itu, jelas bukan lakonan. Dia rasa sakit juga. Kasihan Speed,” kata Vale.

“Bukan tipu dah macam itu, betul-betul sakit Speed kena bantai macam itu. Kasihan dia,” komen Generasi Saad.

Walaupun insiden itu mengejutkan ramai pihak, Speed tidak mengalami kecederaan serius selain terkoyak kulit pada bahagian kaki dan sempat berseloroh dengan mengajak lebih ramai untuk WWE Royal Rumble seterusnya.

“Kalau saya ada lebih banyak masa, percayalah, saya boleh buat lebih daripada apa yang anda bayangkan. WWE Royal Rumble seterusnya, saya cabar semua orang, Mark Henry, Rey Mysterio, tak kisah siapa pun lawannya!” kata Speed. – KOSMO! ONLINE

@theclipstudiox Everyone was SHOCKED after what happened to Speed at Royal Rumble #wwe #royalrumble #ishowspeed ♬ original sound – KING

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI