fbpx

Pelanggan setia Ayam Brand bawa pulang Perodua Ativa baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WEI LING (tiga dari kiri) menyerahkan replika kunci kereta kepada Ik Seang (tengah) pada majlis penyampaian hadiah Peraduan Beli & Menang Kaw-Kaw Ayam Brand di Bangunan Perodua Sentral, Petaling Jaya baru-baru ini.

PETALING JAYA – Seorang pelanggan Ayam Brand tidak menyangka kesetiaannya terhadap jenama itu membolehkannya membawa sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) Perodua Ativa baharu.

Ee Ik Seang, 64, dari Melaka menyifatkan tuah memenangi hadiah utama Peraduan Beli & Menang Kaw-Kaw Ayam Brand sebagai mimpi yang menjadi kenyataan.

Katanya, dia selalu membeli dua kotak santan Ayam Brand untuk kegunaan perniagaan kerana kualitinya yang pekat dan asli sangat membantu dalam menyediakan masakan yang sedap, serta konsisten.

“Jenama ini tidak hanya mengeluarkan produk berkualiti tinggi, tetapi juga menunjukkan penghargaan terhadap pengguna setia mereka. Produk Ayam Brand seperti sardin, santan, tuna, dan kacang panggang telah menjadi makanan ruji keluarga saya.

“Memiliki kereta baharu ini adalah ganjaran besar yang mengubah hidup saya. Saya bercadang untuk berkongsi kegembiraan ini dengan rakan-rakan rapat,” katanya selepas menerima hadiah utama di sini, baru-baru ini.

Seorang lagi pemenang hadiah utama peraduan berkenaan ialah Yong Pui Teng dari Sabah.

Sementara itu, Ketua Pemasaran Ayam Brand, Teoh Wei Ling berkata, pihaknya kini dalam perancangan untuk memperkenalkan peraduan baharu bertema ‘Rezeki Raya Dikongsi Bersama Ayam Brand’ yang akan bermula Februari ini.

“Kami mengharapkan sambutan baik daripada semua pengguna Ayam Brand,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI