fbpx

Lima kampung terpilih projek Tabung Wakaf Air

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) menyenaraikan lima kampung pertama yang terpilih bagi projek penyaluran air bersih menerusi dana Tabung Wakaf Air (TWA).

KASA menerusi kenyataan di laman Facebook hari ini berkata, lima kampung berkenaan termasuk Kampung Sungai Congkak, Hulu Langat dan Kampung Sungai Sendat, Ulu Yam, Hulu Selangor di Selangor.

Manakala, tiga kampung lain adalah Kampung Melayu Seelong, Senai, Johor; Kampung Batu Balak, Jerantut, Pahang dan sebuah kampung di Manjung, Perak.

Menurutnya, pemilihan kampung itu dibuat pada Mesyuarat Jawatankuasa Induk Tabung Wakaf Air pertama yang dipengerusikan  Ketua Setiausaha KASA, Datuk Seri Zaini Ujang.

“Turut sama dalam mesyuarat itu termasuk wakil Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Jabatan Perkhidmatan Pembetungan (JPP), Bahagian Bekalan Air (BBA), Yayasan Waqaf Malaysia (YWM), Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) dan Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB).

“Alhamdulillah, dengan sumbangan yang diperoleh setakat ini, lima projek akan dilaksanakan sebagai projek terawal yang mendapat dana daripada TWA sebanyak RM180,500,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI