fbpx

Kereta terbalik budak baling mercun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan sebuah kereta terbalik akibat mercun di daerah Zizhong, China. - Douyin

BEIJING – Seorang kanak-kanak lelaki di China menjadi perhatian ramai kerana membaling mercun ke dalam kumbahan sehingga mencetuskan letupan kuat di sebuah kawasan parkir, lapor portal berita Global Times semalam. 

Kejadian berlaku di daerah Zizhong, wilayah Sichuan pada Khamis lalu. 

Rakaman kejadian yang dimuat naik di platform Douyin memaparkan budak itu membaling mercun ke dalam tangki septik sebelum berlaku letupan kuat gas metana. 

Letupan tersebut menyebabkan lapan buah kenderaan rosak. Kerugian dianggarkan mencecah 285,000 yuan (RM176,755), demikian menurut tiga syarikat insurans. 

Polis berkata, tiada kematian dilaporkan, manakala suspek diberkas dalam masa hanya sejam selepas kejadian. 

“Polis sedang giat menjalankan siasatan,” tambahnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI