fbpx

Dua anak pasangan suami isteri maut nahas di Gua Musang stabil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar yang dikongsi di media sosial.

GUA MUSANG – Dua anak kepada pasangan suami isteri yang maut dalam nahas kemalangan di Kilometer 3, Jalan Gua Musang-Kuala Krai dekat Bandar Utama di sini semalam dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Nur Irdina Delisha Muhammad Syamie Farhan enam bulan dan abangnya, Muhammad Izz Danial, 5, yang mengalami kecederaan parah selepas terlibat dalam kemalangan terbabit ketika ini ditempatkan Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Kota Bharu.

Neneknya, Norlela Malek, 47, berkata, Nur Irdina Delisha masih berada di Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU) dan berada di bawah pengawasan doktor.

“Alhamdulillah, Muhammad Izz Danial sudah sudah sedar. Nur Irdina Delisha dimasukkan ke bilik pembedahan untuk memasukkan ususnya yang terkeluar akibat kesan kemalangan itu.

“Saya difahamkan pembedahan tidak dapat dilakukan kerana usus bocor,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini.

Norlela berharap rakyat Malaysia dapat mendoakan kedua-dua cucunya kembali pulih seperti biasa.

Kosmo! Online semalam melaporkan, sepasang suami isteri maut manakala dua anak mereka selamat selepas kereta dinaiki mereka bertembung dengan treler di Kilometer 3, Jalan Gua Musang-Kuala Krai dekat Bandar Utama di sini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1 pagi itu, pemandu kereta Perodua Myvi, Muhammad Syamie Farhan Adnan, 25, dan isterinya, Nurul Syafika Anis Zulkifli, 26, meninggal dunia di lokasi kejadian manakala dua anak mereka selamat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI