fbpx

Piala Malaysia: JDT akui sukar hadapi TFC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JDT mengesahkan slot final Piala Malaysia selepas mencatat kemenangan dengan agregat 6-1 ke atas TFC kelmarin.

PENGENDALI Johor Darul Ta’zim (JDT), Hector Bidoglio menyifatkan Terengganu FC sebagai halangan terbesar bagi pasukan itu untuk melangkah ke pentas akhir Piala Malaysia musim ini.

Menurut Bidoglio, skuad Penyu itu tidak menyerah kalah sehingga wisel penamat dan mendatangkan masalah buat Harimau Selatan yang berada di kedudukan selesa setelah terlebih dahulu mencipta jaringan dan menjadikan kedudukan agregat 5-0.

“Perlawanan hari ini cukup sengit buat JDT, namun pemain berjaya menguasai permainan seperti yang kita mahukan, malah sentiasa berada di zon lawan untuk terus mencuba memecahkan benteng mereka.

“Pada babak kedua, kami cuba mengekalkan intensiti yang sama, namun kali ini lawan kami banyak melakukan serangan balas pantas dan mereka bijak melakukan transisi itu.

“Perlawanan ini membuka mata kami untuk tidak terlalu gopoh setelah pasukan mempunyai kelebihan dan cuba mengawal permainan dengan baik, ini aspek yang boleh ditambah baik,” katanya.

Pengendali kelahiran Argentina itu berkata, JDT perlu meningkatkan intensiti permainan serta lebih dominan dalam penguasaan bola menjelang perlawanan penting selepas ini dalam usaha menjadi pasukan yang lebih baik.

Katanya, pemain tidak boleh mempunyai sikap terlalu berpuas hati sebaliknya sentiasa mencari ruang untuk memperbaiki diri.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI