fbpx

Myvi rempuh kedai nasi lemak di Jerantut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebuah Perodua MyVi merempuh masuk ke dalam sebuah kedai nasi lemak di Jalan Inderapura 17 di Jerantut.

JERANTUT – Seorang pemilik kedai nasi lemak terselamat daripada ajal selepas premisnya dirempuh kereta jenis Perodua Myvi dalam kejadian di Jalan Inderapura 17, Bandar Inderapura di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Jerantut, Superintendan Zukri Muhammad berkata, dalam kejadian pukul 9.30 malam itu, mangsa hanya mengalami kesakitan di bahu dan mendapatkan rawatan di Hospital Jerantut di sini.

“Sebelum merempuh kedai nasi lemak, Perodua Myvi itu turut merempuh kereta Perodua Viva milik pengusaha kedai makan tersebut yang diletakkan di hadapan premis berkenaan.

“Pemandu Perodua Myvi iaitu wanita berusia 22 tahun dipercayai diserang penyakit sawan sebelum kenderaannya hilang kawalan dan merempuh kereta Perodua Viva. Perodua Myvi itu kemudian masuk ke dalam kedai berkenaan,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jerantut di sini hari ini.

Menurut Zukri, pemandu wanita itu cedera ringan dan dibawa ke Hospital Jerantut untuk menjalani pemeriksaan lanjut.

Beliau berkata, ketika kejadian tiada pelanggan di dalam premis tersebut. Terdapat peniaga nasi lemak, Wan Azmi Wan Ibrahim, 42, yang sedang mengemas peralatan dan bersiap untuk menutup premis.

“Dia (Wan Azmi) terdengar bunyi dentuman kuat dan terkejut apabila melihat keretanya dirempuh Perodua Myvi sebelum kereta itu terperosok ke dalam kedainya,” katanya. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI