fbpx

Pemancing terkejut jumpa bom mortar dalam tayar lama di Pantai Sri Tujuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lokasi sebutir bom mortar 61 mm dijumpai tersangkut di dalam tayar lama di kawasan berbatu berhampiran tebing Pantai Sri Tujuh, Tumpat semalam. FOTO IHSAN POLIS

TUMPAT – Seorang pemancing terkejut selepas menjumpai sebutir bom jenis mortar 61 milimeter (mm) yang sudah berkarat tersangkut di dalam tayar lama di kawasan berbatu berhampiran tebing Pantai Sri Tujuh di sini semalam.

Bom tersebut ditemukan kira-kira pukul 2.28 petang semasa lelaki berusia 26 tahun itu sedang memancing di kawasan Pantai Sri Tujuh Resort di sini.

Ketua Polis Daerah Tumpat, Asisten Komisioner Mohd. Khairi Shafie berkata, siasatan mendapati, lelaki itu melihat satu objek yang menyerupai bom tersangkut di dalam tayar lama di kawasan berbatu berhampiran tebing pantai.

Menurutnya, unit kereta peronda polis (MPV) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tumpat dan Unit Pemusnah Bom (UPB) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima maklumat daripada orang awam.

“Siasatan mendapati, bom tersebut merupakan jenis mortar berukuran 61 mm yang telah lama dan berkarat.

“Proses pemusnahan bom tersebut berjaya dilakukan kira-kira pukul 5 petang pada hari yang sama di lokasi penemuan oleh UPB IPK Kelantan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mohd. Khairi memberitahu, sehubungan itu, polis menyeru pihak yang mempunyai maklumat berkenaan kes tersebut boleh menghubungi Bilik Gerakan IPD Tumpat di talian 09-725 7222. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI