fbpx

EPL: Nottingham Forest pesta gol benam Brighton

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Neco Williams meraikan jaringan yang dilakukan ke atas Brighton pada aksi sebentar tadi. - Foto ihsan Reuters

LONDON – Pasukan Nottingham Forest berpesta gol apabila mudah menewaskan Brighton 7-0 untuk terus mengukuhkan tempat di kedudukan empat teratas Liga Perdana Inggeris (EPL) sebentar tadi.

Pada aksi di Stadium City Ground itu, skuad tuan rumah bermula garang dengan melakukan asakan bertali arus sebelum meraih gol pembukaan seawal minit ke-12 hasil jaringan sendiri kapten Brighton, Lewis Dunk.

Pesta jaringan Forest diteruskan apabila pemain sensasi, Morgan Gibbs-White meledak gol kedua perlawanan selepas menerima hantaran Anthony Elanga pada minit ke-25.

Momentum cemerlang tuan rumah pada babak pertama diakhiri dengan gol ketiga yang berjaya disudahkan oleh penyerang utama, Chris Wood menerusi penyudah berbisa berselang tujuh minit kemudian.

Pada separuh masa kedua, Elanga sekali lagi cemerlang apabila berjaya melakukan umpanan tepat kepada Wood yang mudah meledak gol keempat perlawanan pada minit ke-64.

Malam cemerlang penyerang antarabangsa New Zealand itu diteruskan dengan jaringan hatrik selepas menyempurnakan sepakan penalti untuk memastikan benteng Brighton bolos buat kali kelima.

Momentum tuan rumah tidak terhenti setakat itu apabila giliran pemain pertahanan, Neco Williams untuk mencetak nama selaku penjaring pada minit ke-89 sebelum pemain gantian, Jota Silva melengkapkan kemenangan bergaya tuan rumah pada masa kecederaan.

Keputusan 7-0 menyaksikan Forest kekal berada di kedudukan ketiga EPL dengan 47 mata selepas mengharungi 24 perlawanan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI