fbpx

[VIDEO] Perhilitan pantau buaya Pantai Cermin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video tular buaya berenang di Pantai Cermin, petang tadi.

PORT DICKSON – Jabatan Perlindungan Haiwan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Negeri Sembilan kini sedang melakukan pemantauan berterusan susulan aduan buaya berenang di Pantai Cermin, petang tadi.

Pengarahnya, Faizal Izham Pikri berkata, aduan awam berkenaan membabitkan seekor buaya di kawasan Monkey Bay diterima kira-kira pukul 4.30 petang tadi.

Menurutnya, sejurus selepas aduan dibuat, kakitangan jabatan telah tiba di lokasi dan hasil siasatan mendapati terdapat buaya terapung di dalam laut.

“Anggaran panjang buaya adalah kurang dari dua meter. Buaya tersebut baru sahaja muncul di lokasi kejadian.

“Buaya bergerak sejauh 50 meter dan hasil siasatan mendapati buaya sentiasa ulang-alik sejak malam sebelumnya. Jika air surut buaya akan nampak lebih jelas,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Kakitangan Perhilitan Negeri Sembilan melakukan pemantauan di Pantai Cermin sejurus selepas menerima aduan awam berhubung kehadiran buaya. – IHSAN PERHILITAN NS

Ujar Faizal Izham lagi, pemantauan berterusan akan sentiasa dilaksanakan di kawasan aduan bagi mengurangkan kebimbangan orang awam.

“Insya-Allah jika tiada masalah, kita akan cuba pasang perangkap di kawasan bakau. Selain itu kita juga akan tengok pada kesesuaian kerana pada waktu malam buaya tersebut akan bergerak ke kawasan bakau,” katanya.

Dalam pada itu, beliau menasihatkan orang awam agar menjaga keselamatan diri dan keluarga, selain tidak melakukan provokasi sekiranya ternampak buaya tersebut, sekali gus melaporkannya kepada Jabatan Perhilitan Negeri Sembilan atau pihak berkuasa lain dengan segera. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI