fbpx

Teori konspirasi Blackhawk dalam nahas American Airlines didapati benar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEBUAH pesawat American Airlines bertembung dengan helikopter tentera pada Rabu lalu. - Foto Anadolu/Getty Images

WASHINGTON – Helikopter Tentera Darat Amerika Syarikat (AS) yang berlanggar di ruang udara dengan Penerbangan American Airlines 5342 pada Rabu lepas,  sedang melakukan latihan sekiranya berlaku serangan di Washington.

Laman berita MailOnline melaporkan, beberapa pegawai mengesahkan bahawa tiga askar yang terbunuh itu sedang mengadakan latihan melibatkan pemindahan di White House apabila helikopter Blackhawk mereka berlanggar dengan pesawat penumpang tersebut sejurus sebelum pukul 9 malam(waktu tempatan).

Sumber pertahanan mengesahkan situasi latihan itu kepada saluran berita CBS selepas sebilangan netizen mengemukakan teori tersebut di laman sosial.

Sebilangan netizen mengemukakan teori bahawa helikopter tersebut sedang membuka laluan pemindahan kecemasan untuk Presiden sebagai sebahagian daripada pelan kecemasan berterusan kerajaan(COG).

COG merujuk kepada polisi dan prosedur yang digariskan bagi memastikan fungsi utama kerajaan dapat diteruskan semasa dan selepas malapetaka seperti serangan nuklear, bencana alam semulajadi, serangan siber dan insiden pengganas.

Salah satu daripada lima aspek utama misi COG adalah melindungi kakitangan dan infrastruktur penting.

Juruterbang bertanggungjawab iaitu Pegawai Waran 2, Andrew Eaves  dan Staf Sarjan Ryan O’Hara dinamakan sebagai mereka yang berada di dalam helikopter tersebut.  

Orang ketiga di dalam helikopter yang merupakan pembantu juruterbang wanita, tidak didedahkan identitinya di atas permintaan keluarga mangsa.

Identiti anggota tentera yang terbunuh dalam kemalangan atau pertempuran biasanya didedahkan kepada umum 24 jam selepas waris mereka  dimaklumkan.

Tindakan merahsiakan nama askar wanita itu adalah amat janggal.

“Atas permintaan keluarga, nama askar ketiga yang terbunuh tidak akan didedahkan buat masa ini,” kata Tentera AS. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI