fbpx

Tiada kejutan, JDT tempah slot final Piala Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penjaga gol Terengganu FC Syed Muhammad Nasrulhaq cuba menangkap bola daripada penyerang JDT, Jorge Obregon pada aksi timbal balik Piala Malaysia menentang Terengganu FC di Stadium Sultan Ibrahim Iskandar Puteri hari ini. - Foto oleh RAJA JAAFAR ALI / KOSMO! Pemberita: Faizal

ISKANDAR PUTERI – Johor Darul Ta’zim (JDT) melangkah ke final Piala Malaysia dengan agregat 6-1 selepas meraih kemenangan 2-1 ke atas Terengganu FC dalam aksi separuh akhir kedua, sebentar tadi.

Beraksi di Stadium Sultan Ibrahim, skuad Harimau Selatan yang selesa berbekalkan kemenangan 4-0 pada aksi pertama mempamerkan aksi bertenaga bagi memburu gol awal sekali gus meletakkan pasukan di kedudukan selesa.
Serangan bertali arus yang dilancarkan skuad kendalian Hector Bidoglio memberi tekanan terhadap benteng anak didik Badrul Afzan Razali yang terpaksa bekerja keras menangkis asakan berbahaya JDT.
Peluang terbaik JDT hadir seawal minit kesembilan apabila bola lorongan Arif Aiman Hanapi tepat kepada Bergson Da Silva, namun rembatan penyerang kelahiran Brazil itu dihadang penjaga gol, Syed Nasrulhaq Syed Bidin.
Sebelum tamat babak pertama, Jorge Obregon mencuri tumpuan yang mudah melepasi pertahanan terakhir TFC dan penjaga gol, namun sentuhan penyudah yang tumpul menyaksikan percubaan keemasan itu tersia-sia begitu sahaja.
Bersambung babak kedua, TFC meningkatkan tempo permainan dengan lebih ofensif dan hasilnya berjaya merobek gawang JDT pada minit ke-58.
Ketika perlawanan hampir tamat, Heberty yang tidak dikawal sekali lagi mencipta sensasi apabila menjaringkan gol hasil rembatan deras dari luar kotak penalti menewaskan Syed Nasrulhaq yang seakan tidak menjangkakan rembatan tersebut.
JDT akan membuat perhitungan antara Sabah FC atau Sri Pahang FC yang akan berentap dalam satu lagi aksi separuh akhir kedua Piala Malaysia, esok. – KOSMO! ONLINE
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI