fbpx

[VIDEO] ‘Boleh ganti Datuk Azizul dalam acara keirin’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video seorang kanak-kanak perempuan menunggang basikal hanya menggunakan rim tanpa tayar.

PETALING JAYA – Aksi seorang kanak-kanak perempuan menunggang basikal hanya menggunakan rim tanpa tayar raih perhatian netizen.

Menerusi perkongsian oleh pengguna TikTok, Cikiyin, video tersebut memaparkan kanak-kanak itu dengan selamba mengayuh basikalnya walaupun tanpa tayar.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan gelagat kanak-kanak itu, malah ada yang berseloroh bahawa dia berpotensi menjadi pelumba basikal negara suatu hari nanti.

“Besar nanti boleh ganti Datuk Azizul dalam acara keirin,” seloroh Ahmad Tirmizi.

“Anak saya pun sama, kehulu ke hilir naik basikal tanpa tayar, selamba je guna rim untuk bergerak,” kata Rabie Adawiyah.

“Tak ada tayar tapi dia tetap kayuh macam biasa,” tulis Ayukucai. – KOSMO! ONLINE

@kirintengahmakan Adekkkkkkk 😩 #fyp ♬ original sound – Adrian Lo Dejavu

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI