fbpx

Pikap terperosok dalam lubang di atas jambatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEBUAH pikap terperosok ke dalam lubang di atas sebuah jambatan. - Foto Polis Seram Bagian Timur

JAKARTA –  Sebuah trak pikap terjatuh ke dalam sebuah lubang yang terbentuk secara tiba-tiba di sebuah jambatan dalam wilayah Maluku, lapor portal berita Detkcom.

Kejadian berlaku di atas Jambatan Mer, Desa Mer, di daerah Waru, kira-kira pukul 1.30 tengah hari (waktu tempatan) kelmarin. 

Pikap itu dipandu oleh seorang lelaki dikenali sebagai Anto Erniyanto. Mangsa yang melakukan perjalanan dari Kota Bula, cedera di kepala dan belakang badannya.

“Pikap itu jatuh ketika melalui lubang yang tiba-tiba terbentuk,” kata seorang pegawai tempatan, Suwardi Sobo.

Dalam kejadian itu, pikap membawa muatan simen itu rosak teruk.

Punca jambatan itu runtuh masih disiasat pihak berkuasa. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI