fbpx

Polis rampas 10 bungkus air ketum dalam flat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Air ketum yang dirampas dalam serbuan di sebuah flat di Mak Mandin, Butterworth semalam.

SEBERANG PERAI – Polis merampas sebanyak 10 bungkus air ketum selain menahan tiga individu termasuk seorang wanita dalam serbuan di sebuah flat di Mak Mandin, Butterworth di sini semalam.

Mereka yang ditahan dalam Ops Tapis kira-kira pukul 6 petang itu berusia di antara 32 hingga 41 tahun yang bekerja sebagai buruh dan peniaga.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, pihaknya menjumpai 10 bungkus (2.5 liter) cecair disyaki air ketum dalam serbuan berkenaan

“Hasil siasatan mendapati air ketum bernilai RM100 yang dirampas itu adalah untuk dijual di kawasan Mak Mandin.

“Kesemua suspek turut didapati negatif ujian air kencing dan direman selama empat hari bermula hari ini bagi siasatan lanjut,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI